BOLEHKAH PEREMPUAN YG diDATANGI HAID MASUK MASJID?

I am swamped with things to do today. Finishing up my photobook on my Andalucian backpacking, hopefully i can finish it by tonight. A few other errands that are non-work related to do for people at work tomorrow... Ok, will not complain. It's just that everything came in one huge tsunami of things to do. I know that there are other people who are worse off than me. So, ok... today's post is in response to Roe's post on her blog. I found this quite the comprehensive response to the age old dilemma. Anyways, normal service will resume sometime during the week insya allah. For now, something for you or your female loved ones. The question is can a woman enter a mosque during her period? Post is in malay, i malas nak translate. original article can be found here.
(1)Dari A’isyah : Sesungguhnya Rasulullah bersabda “Ambilkan aku sejadah dari dalam masjid” lalu aku berkata “ Sesungguhnya aku sedang haid” maka baginda bersabda “ Sesungguhnya haidmu bukannya terletak ditanganmu”
[R. Muslim , Abu Daud , at-Tirmidzi , an-Nasa’i , Ibn Majah , Ahmad , Ibn Abi Syaibah , al-Baihaqi(as-Sunan al-Kubra) , at-Tabrani(al-Mu’jam al-kabir) , abu ya’la(Musnad)
 (2)Dari A’isyah : Rasulullah datang pada suatu hari sambil melihat rumah-rumah dijalanan mengadap masjid lalu baginda bersabda “Alihkanlah rumah-rumah ini dari masjid” lalu Rasulullah masuk kedalam rumah baginda sedangkan pemilik rumah-rumah tersebut tidak melakukan apa-apa kerana mengharapkan rukhsah (keringanan) dari Rasulullah.Kemudian Rasulullah keluar semula kepada mereka lalu bersabda “ Alihkanlah rumah-rumah ini daripada masjid kerana aku tidak menghalalkan masjid untuk orang haid dan junub”.
[R.Abu DAud , Al-Baihaqi (as-Sunan al-Kubra) , Ibn Khuzaimah.
Hadith ini didaifkan oleh al-Khattabi (Syarah as-Sunan) Ahmad , Al-Baghawi (Syarah as-Sunnah) , Ibn Hazm (al-Muhalla).
Dihasankan oleh al-Qattani,disahihkan oleh Ibn Khuzaimah.Rawinya diterima oleh ibn Hajar (Tahzib al-Tahzib)
(3)Kesemua hadith lain yang mengkhususkan Ali , Fatimah ataupun mana-mana ahli bait daripada larangan memasuki masjid ketika haid adalah hadith yang batil
[ibn hazm : al-Muhalla ,Ibn Katsir: tafsir al-Quran al-Azim]
(4)Daripada Zaid Bin Aslam dan Jabir Bin Abdullah “Sesungguhnya para Sahabat melintas di dalam masjid sedangkan mereka dalam keadaan berhadas”
[ R. Ibn Munzur (al-Mughni)]
(5)Dari ‘Atha bin Yasar :Sesunggunya aku melihat para Sahabat Rasulullah memasuki masjid dalam keadaan sedang berhadas setelah mereka berwudhu.
Diantara perawi hadith ini adalah Hisyam bin Said.Dia didaifkan oleh Abu Hatim , Yahya bin Ma’in , Ahmad , an-Nasaa’i(Nail al-Authar)
(6)Daripada A’isyah : …………… Seorang hamba jariah telah dimerdekakan pada zaman Rasulullah dan memeluk Islam.Disediakan untuknya khemah sebagai tempat tinggal didalam masjid.
[R.al-Bukhari]
(7)Daridapa uthman b Abi Sulaiman :Sesungguhnya musyrikin Quraish ketika datang ke madinah untuk menebus tawanan perang(badar), mereka telah bermalam di masjid.
[R. asy-Syafie (Musnad , Al-Umm)]
Sanad hadith ini terputus kerana uthman tidak menyaksikan peristiwa selepas peperangan badar.
Perbezaan pandangan berkenaan hukum perempuan haid memasuki masjid bermula dengan perbezaan pandangan dalam memahami maksud firman Allah didalam Surah an-Nisaa’ ayat 43:
“Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu menghampiri solat dalam keadaan mabuk sehinggalah kamu mengetahui apa yang kamu ucapkan dan janganlah dalam keadaan berhadas (besar) melainkan sekadar melintasi jalan sehinggalah kamu bersuci”.
Sebahagian riwayat dari Ibn Abbas , Ibn Mas’ud , Anas, Abi Ubaidah , Said Bin Musayyib , Abu Dhuha , ‘Atha , Mujahid , Masruq , Ibrahim an-Nakha’I , Abi Aslam , Hasan al-Basri , Ibn Syihab dan  al-Qatadah mentafsirkan ayat ini dengan larangan menghampiri tempat solat (masjid) dalam keadaan berhadas (tafsir ibn katsir , tafsir at-tabari).Ini juga merupakan pandangan Abu Hanifah , Malik dan asy-Syafi’e. (al-Muhgni , al-muhalla , majmu al-Fatawa).
Al-Imam asy-Syafie ketika mentafsirkan ayat ini telah menyebutkan “sebahagian ahli ilmu telah menyatakan bahawa : “……janganlah dalam keadaan berhadas (besar) melainkan sekadar melintasi jalan” bermaksud janganlah menghampiri tempat mengerjakan solat dalam keadaan berhadas  kerana perkataan melintasi hanyalah untuk tempat solat sedangkan tiada (melintas) didalam solat(al-Umm)
Kemudian mereka berbeza pandangan dalam beberapa perkara. Ibn Mas’ud , Ibn Abbas , Ibn Musayyib , al-Hassan dan asy-Syafie memberi kelonggaran untuk sekadar melintasi masjid (al-Mughni).Imam asy-Syafie telah menyebutkan “Tidaklah menjadi kesalahan (bagi orang yang berhadas) untuk melintasi masjid bukan untuk menetap didalamnya”(al-Umm). Sedangkan Ishaq, Sufyan bin Uyainah dan abu Hanifah hanya membenarkan orang berhadas untuk melintasi masjid sekiranya ada keperluan yang mendesak sahaja.Itupun setelah bertayammum terlebih dahulu.Mereka beramal dengan hadith (2) (al-muhalla , al-mughni).
Sebahagian ulama pula berpandangan bahawa tidaklah menjadi kesalahan untuk orang yang sedang berhadas melintasi masjid dan menetap didalamnya kerana mereka mentafsirkan ayat “……melainkan sekadar melintasi jalan”  didalam surah an-Nisaa’ sebagai melainkan ketika sedang bermusafir.Ini merupakan pandangan Daud dan  al-Muzani (al-Muhalla)
Ibn Abi Hatim meriwayatkan atsar dari Ali : “Janganlah kamu (menghampiri solat) dalam keadaan berhadas (besar) melainkan sekadar melintasi jalan sehinggalah kamu bersuci” bermaksud janganlah mengerjakan solat(dalam keadaan berhadas sebelum bersuci) melainkan bagi musafir yang tidak menjumpai air,maka bolehlah bersolat (dalam keadaan berhadas)sehingga menjumpai air.
 Khabar sebegini juga diriwayatkan dari Ibn Abbas , Mujahid dan Said Bin Jubair dan selain mereka(at—Tabari , Ibn Katsir).
Imam Ahmad bin Hanbal pula membenarkan seseorang yang sedang berhadas menetap didalam masjid setelah berwudhu sedangkan tidak dibenarkan untuk haid dan nifas (majmu’ al-Fatawa , Nail al-Authar) berdasarkan hadith (5).
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 
Ini adalah sebahagian pandangan ulama’ salaf berkenaan hukum orang yang sedang behadas memasuki masjid.Kesimpulan yang boleh dibuat dari masalah ini adalah.
~Bagi sesiapa yang hanya menerima hadith sahih untuk beramal serta tidak menerima hadith yang tidak disepakati kesahihannya dan menjauhkan diri dari pandangan-pandangan yang bercanggah antara satu sama lain,maka kesimpulannya adalah beramal dengan hadith (1) :tidaklah menjadi kesalahan untuk sesiapa sahaja yang sedang berjunub termasuk haid dan nifas memasuki masjid.Ini dikuatkan lagi dengan hadith (6).Ini merupakan pandangan Ibn Hazm (al-Muhalla)
~Bagi sesiapa yang memilih untuk berhati-hati supaya tidak terjerumus kedalam lembah dosa hendaklah menghindarkan diri daripada memasuki masjid ketika sedang berhadas.
~Bagi sesiapa yang ingin menghimpunkan maksud semua hadith tanpa mengambilkira kekuatan hadith, maka dibenarkan melintasi masjid dalam keadaan berhadas(4)  tetapi tidak dibenarkan untuk menetap didalam masjid(2) kecuali  kerana mempunyai urusan untuk disempurnakan (1) ataupun bagi orang yang sedang berhadas (selain dari haid dan nifas) setelah menunaikan wudhu (5).Ibn Taimiyyah condong terhadap pandangan ini (majmu’ al-fatawa).Asy-Syaukani juga membahaskan persoalan ini didalam bab “Dibenarkan untuk orang yang berhadas memasuki masjid  dan larangan menetap didalam masjid melainkan setelah berwudhu”(Nail al-Authar)
~Diantara kemungkinan sebab dilarang memasuki masjid dalam keadaan berhadas adalah kerana masjid merupakan rumah malaikat dan malaikat tidak akan masuk kedalam rumah yang didiami oleh orang yang sedang berhadas melainkan setelah berwudhu sebagaimana difahami daripada maksud hadith (majmu’ al-Fatawa).Jika mengambilkira kemungkinan ini.maka perempuan haid tidak dibenarkan memasuki masjid.Tetapi kemungkinan ini boleh dipersoalkan kerana tiada nas yang menunjukkan bahawa  rumah yang didiami oleh wanita haid tidak dimasuki malaikat dan ini bercanggah dengan hadith A’isyah (1). 
~Jika mengambilkira ‘qiyas aula’ (perbandingan hukum)daripada hadith (7) .Perempuan haid sepatutnya dibenarkan memasuki masjid kerana pada zaman rasulullah ,orang musyrik yang sentiasa dalam keadaan najis pun dibenarkan bermalam di dalam masjid.Tetapi khabar ini daif.
 manzero_salafi@yahoo.com.my